Tuesday, March 4, 2014

Director's Journal: Week 3

Saya hanya mula memasuki kuliah bagi kelas Pengarahan Filem pada minggu ke-3 kerana lewat mendaftar. Setelah menghadiri kelas ini buat pertama kali pada Isnin yang lalu, saya berpendapat bahawa kelas ini adalah menarik kerana saya telah belajar perkara yang begitu berbeza apa yang saya pelajari di fakulti saya.

Pada minggu ketiga, pensyarah (Dr Mohd Azalanshah) telah menerangkan mengenai "the production's stage: pre-production, production, dan post-production" di mana terdapat perbezaan antara ketiga-tiga serta menekankan tentang cyclical production model. Pada mulanya, adalah sukar bagi saya untuk memahami kerana subjek ini adalah sangat asing bagi saya. Namun, saya telah mempelajari sesuatu yang baru dan dapat memahami secara jelas tentang apa yang perlu dan penting untuk menghasilkan sesuatu filem.

Seterusnya pensyarah telah menayangkan sebuah filem yang bertajuk Kill Bill:Volume 1 yang diarahkan oleh Quentin Tarantino dan dilakonkan oleh Uma Thurman sebagai watak utama.

Setelah tayangan filem tersebut, saya telah memilih untuk memasuki kumpulan penghasilan video promo bagi jabatan media yang diketuai oleh Syazwan. Mereka telah menerangkan apa yang perlu dilakukan bagi menghasilkan video promo ini dan telah ditunjukkan kepada saya idea-idea yang telah dibincangkan di mana video promo akan menyampaikan mesej kepada penonton secara tidak langsung.

No comments: