Thursday, May 29, 2014

Public Screening

Pada hari Selasa yang lalu, satu public screening telah diadakan. Public Screening ini telah dijalankan bertujuan untuk memaparkan semua video yang telah dihasilkan kepada orang awam. Public Screening ini telah dijalankan di Amphitheater, Fakulti Alam Bina.
Crew-crew mula berkumpul pada jam 8 malam bagi melakukan persiapan-persiapan terakhir sebelum Majlis dimulakan. Video-video mula ditayangkan pada jam lebih kurang 8.30 malam. Ketika ini, dapat dilihat orang awam mula berkunjung di tempat tersebut untuk melihat video-video yang ditayangkan. Ternyata mereka amat tertarik dengan video yang dipaparkan.
Selepas tayangan video, satu jamuan telah diberikan kepada para pelajar dan juga para hadirin. Antara makanan yang disediakan termaksuklah curry puff, cupcakes dan sebagainya. Seterusnya, majlis diteruskan dengan acara penukaran hadiah dan sesi bergambar beramai-ramai.

Malam tersebut merupakan malam terakhir bagi para pelajar berkumpul bersama-sama. Ternyata kelas ini merupakan satu kelas yang menarik dan saya amat gembira dapat bertemu dengan rakan-rakan dari berlainan fakulti. Tahniah juga kepada saudara Abdullah Ahmad Sazali selaku director Public Screening Night ini.  

Sunday, May 18, 2014

Screening Night 2014


Screening Night Yang Kali Ke-3 telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Media pada hari Jumaat yang lepas, bertarikh  16 Mei 2014 di Hotel Armada, Petaling Jaya. Sebagai salah seorang pelajar yang mengambil subjek ini sebagai satu elektif luar, jujur saya katakan ini merupakan kali pertama saya menyertai satu majlis yang dianjurkan oleh fakulti lain, jadi saya amat menantikan apa sebenarnya majlis screening night ini. Tema bagi screening night tahun ini adalah Vintage & Bow-Tie.

Saya dan beberapa rakan, dari kelas Pengarahan Seni Filem dan juga Produksi TV tiba lebih kurang jam 6 petang dan di situ, saya dapat lihat krew-krew bertungkus-lumus melakukan persiapan terakhir bagi menjayakan majlis ini. Majlis secara rasminya bermula pada jam lebih kurang 8 malam dan dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pengajian Media, Prof.  Dr Azizah Hamzah. 

Malam Screening Night dimulakan dengan beberapa ucapan oleh para VIP dan juga dikelolakan dengan baik oleh pengacara majlis iaitu Ariff. Seterusnya tayangan video hasilan para pelajar telah dipaparkan secara terus, termasuklah, hasilan video cerita pendek, dokumentari, Hantu Malam Merdeka, iklan, PSA (Public Service Announcement), berita dan sebagainya. Saya amat terhibur dengan kesemua video yang telah dipertontonkan dan saya amat kagum dengan teknik-teknik shot yang dipaparkan. Jika diberi pilihan untuk memilih, saya amat terhibur dengan video Inspektor Petonah dan amat tertarik dengan cerita Epilogue hasil karya Syazwan dan Esyam. 





Majlis diteruskan dengan sesi makan malam dan juga persembahan-persembahan oleh para pelajar. Acara paling yang dinantikan adalah penyampaian anugerah yang terdiri daripada Anugerah Produksi Terbaik, Anugerah Pengarah Terbaik, Anugerah Sinematografi Terbaik, Anugerah Kamera Terbaik dan Anugerah Props Terbaik. Juga anugerah khas Pemakaian Terbaik yang Mengikut Tema turut diberikan. Tahniah kepada semua yang memenagi anugerah-anugerah tersebut.

Saya amat bertuah dapat menyertai Screening Night bersama-sama kerana ia terdiri daripada pelajar-pelajar media dan juga pelajar-pelajar dari fakulti lain. Saya amat kagum dengan para pelajar media khususnya kerana sebagai salah seorang yang gemar menonton video cerita-cerita pendek di internet, ini kali pertama saya menonton video-video hasilan oleh pelajar di UM sendiri. Acara ini sememangnya satu acara yang sangat bagus bagi memperlihatkan hasilan-hasilan karya pelajar dan juga merapatkan para pelajar dari fakulti yang berlainan. 

Monday, May 5, 2014

Movie Review: Never Been Kissed

hope, life, never been kissed, quote, saying, text

Petikan di atas merupakan satu kenyataan oleh watak utama di dalam filem Neven Been Kissed, iaitu Josie Geller (lakonan Drew Barrymore), dan diarahkan oleh Raja Gosnell. Pada pendapat saya, Josie menyampaikan kenyataan tersebut di satu majlis prom night South Glen South High School adalah berdasarkan pengalamannya sendiri kerana beliau telah melalui tempoh sebagai seorang pelajar sehinggalah ke alam pekerjaan dan dua situasi adalah sangat berbeza. Maksud Josie di sini adalah, meskipun kita berjaya mahupun gagal di alam persekolahan, tidak bermakna masa depan kita sudah dapat kita jangkakan. Tiada siapa tahu di mana kita akan berada selepas kita menamatkan pengajian, kerana apa yang dapat dijaminkan adalah diatas usaha kita yang berterusan. Josie yang merupakan seorang yang digelar nerd dan dibuli semasa beliau merupakan seorang pelajar, akhirnya mencapai minatnya untuk menceburi dalam bidang kerwartanan. Ini maksudnya petikan yang disampaikan oleh Josie adalah, kita tidak perlu terlampau selesa mahupun terlampau risau tentang apa yang telah kita lakukan semasa di sekolah kerana masa depan kita tidak dapat diukur berdasarkan itu sahaja.