Pada hari Selasa yang lalu, satu public screening telah
diadakan. Public Screening ini telah dijalankan bertujuan untuk memaparkan
semua video yang telah dihasilkan kepada orang awam. Public Screening ini telah
dijalankan di Amphitheater, Fakulti Alam Bina.
Crew-crew mula berkumpul pada jam 8 malam bagi melakukan
persiapan-persiapan terakhir sebelum Majlis dimulakan. Video-video mula
ditayangkan pada jam lebih kurang 8.30 malam. Ketika ini, dapat dilihat orang
awam mula berkunjung di tempat tersebut untuk melihat video-video yang
ditayangkan. Ternyata mereka amat tertarik dengan video yang dipaparkan.
Selepas tayangan video, satu jamuan telah diberikan kepada
para pelajar dan juga para hadirin. Antara makanan yang disediakan termaksuklah
curry puff, cupcakes dan sebagainya. Seterusnya, majlis diteruskan dengan acara
penukaran hadiah dan sesi bergambar beramai-ramai.
Malam tersebut merupakan malam terakhir bagi para pelajar
berkumpul bersama-sama. Ternyata kelas ini merupakan satu kelas yang menarik dan
saya amat gembira dapat bertemu dengan rakan-rakan dari berlainan fakulti.
Tahniah juga kepada saudara Abdullah Ahmad Sazali selaku director Public
Screening Night ini.
No comments:
Post a Comment