Monday, April 21, 2014

Movie Review: Kill Bill Vol. 2

Ulasan filem: kill bill vol 2 memberi pengertian yang cukup luas tentang pengaruh kamera dalam kehidupan. sila ulas.


Kill Bill Vol 2 merupakan kesinambungan bagi filem Kill Bill Vol 1 yang telah ditayangkan pada kuliah awal semester ini. Filem ini diarah oleh pengarah yang sama iaitu Quentin Tarantino dan juga dilakonkan oleh barisan pelakon yang sama seperi Kill BIll Vol 1 iaitu Uma Thurman sebagai watak utama. Kill Bill Vol 2 mengisahkan tentang kesinambungan The Bride untuk memburu watak antagonis iaitu Bill, dan untuk melakukannya, the Bride terpaksa mengharungi watak-watak jahat yang lain.

Tidak dapat dinafikan lagi, Qeuntin Tarantino sememangnya gemar menggunakan pelbagai teknik kamera dalam filem ini. Antara teknik menarik yang dapat dilihat adalah semasa mempertontonkan aksi Pai Mei. 



Dalam scene ini, Quentin Tarantino telah memaparkan aksi yang 'common' di dalam filem-filem Hong Kong. Bagi menambah menarik penonton, pengarah telah menggunakan teknik kamera yang biasa digunakan dalam filem-filem beraksikan kung fu dan sebagainya dan menerapkan dalam scene bagi filem ini. Sememangnya scene ini dapat menarik minat penonton terutamanya peminat tegar filem-filem aksi Asia.


Kill Bill 2 Behind The Scenes 6 Kill Bill   Behind The Scenes: Directing, Cinematography, Set Photos (Video)


Selain itu, pengarah berjaya menjadikan scene di mana The Bride terperangkap dalam sebuah keranda sebagai satu scene yang membuatkan hati penonton berdebar-debar dan tertanya-tanya sama ada the Bride berjaya atau tidak memecahkan keranda tersebut. Untuk beberapa minit sahaja, kamera menunjukkan aksi the Bride cuba memecahkan keranda tersebut. Dapat dikatakan bahawa dengan teknik kamera bagi scene ini membuatkan penonton seakan-akan mahu the Bride berjaya melepaskan diri. 





Kill Bill 2 Behind The Scenes 8 Kill Bill   Behind The Scenes: Directing, Cinematography, Set Photos (Video)

Sememangnya dengan adanya teknik-teknik seperti yang ditunjukkan oleh pengarah dalam filem ini, setiap teknik yang digunakan dapat menarik minat penonton sama ada menjadikan mereka teruja dengannya mahupun membuatkan penonton akan sering memperkatakan mengenai filem tersebut. Selain itu, penggunaan teknik yang pelbagai dapat menunjukkan pengarah mahupun mereka yang terlibat latar belakang filem mempunyai pengetahuan yang luas mengenai teknik-teknik yang sesuai digunakan bagi sesuatu scene.




Sumber:

http://www.imdb.com/title/tt0378194/?ref_=nv_sr_2
http://karmajello.com/culture/filmmaking/kill-bill-behind-scenes-directing-cinematography-set-photos.html


Director's Journal: Week 7

Pada kuliah kali ini, kami telah mempelajari prinsip-prinsip sesuatu pengarahan, cara-cara bagaimana untuk menjadikan seorang pengarah yang berjaya dan paling penting adalah mengenai 3 art structure.



3 art structure merujuk kepaada 3 struktur dalam penghasilan sesebuah filem iaitu permulaan, klimaks dan peleraian sesuatu cerita. Dengan adanya ketiga-tiga struktur ini, sesebuah filem itu dapat dihasilkan dengan lebih baik dan jalan ceritanya pula akan lebih jelas bagi para penonton.

Movie Review: Super 8

Bincangkan plot cerita ini berdasarkan 3 act structure.


"The 3-act structure is a very old maxim widely adhered to in storytelling and fiction writing today. It can be found in plays, poetry, novels, comic books, short stories, video games, and the movies. It was present in the novels of Conan Doyle, the plays of Shakespeare, the fables of Aesop, the poetry of Aristotle, and the films of Hitchcock."



Petikan di atas mengenai 3 act structure adalah diambil dari slide kuliah yang ke tujuh. Sememangnya dalam sebuah pembikinan filem, 3 act structure adalah sangat penting bagi melengkapkan sesebuah cerita. Dengan adanya permulaan, klimaks dan peleraian, sesebuah filem yang dihasilkan akan dilihat lebih teratur dan kemas. 


Filem Super 8 merupakan sebuah filem bergenre misteri, science fiction, dan juga thriller ini adalah satu filem yang diarahkan dan ditulis oleh J.J Abrams. Antara barisan pelakon dalam filem ini adalah termasuklah Joel Courtney, Jessica Tuck, Joel Miller, Ryan Lee dan Zach Mills.



Filem ini bermula seakan-akan satu imbasan kembali tentang sesuatu tragedi yang berlaku pada tahun 1979. Kemudiannya filem ini memaparkan tentang sekumpulan kanak-kanak yang mempunyai minat dalam menghasilkan satu filem berkisarkan penyiasatan untuk satu filem festival yang akan diadakan di Cleveland. Semasa permulaan ini jugaklah diperlihatkan mereka bertungkus lumus untuk menyiapkan filem pendek tersebut.



Klimaks filem ini bermula dan dapat dilihat apabila berlakunya mereka cuba untuk melakukan satu pengambaran di sebuah stesyen keretapi dan berlakunya satu pertembungan antara sebuah lori dan keretapi tersebut. Di tempat tersebutlah salah seorang dari mereka sebenarnya telah mengambil sesuatu misteri dan ini telah menghubungkan sequence cerita seterusnya dalam filem ini. Kemuncak filem ini adalah apabila sekumpulan makhluk asing telah diketahui telah mendarat pada tahun 1958, dan telah menyerang bandar yang dialami oleh watak-watak dalam filem ini. Bermulanya klimaks ini, dapat dilihat keberanian salah seorang kanak-kanak tersebut yang cuba untuk melawan mahkhluk asing dengan caranya yang tersendiri. 




Peleraian filem ini adalah apabila sekumpulan makhluk asing berjaya 'dikalahkan' dan Joe merupakan watak yang menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya Joe dan rakan-rakannya berjaya menghasilkan filem pendek mereka yang bertajuk The Case.

Sumber: 

http://www.imdb.com/title/tt1650062/
http://www.imdb.com/title/tt1650062/synopsis

Director's Journal: Week 6



Pada minggu keenam ini, saya telah mempelajari mengenai pre production phase iaitu plan-plan yang harus dibuat sebelum bermulaanya sesuatu produksi. Sememangnya plan haruslah dibuat dengan teliti terlebih dahulu supaya tiada permasalahan akan berlaku semasa sesuatu pengambaran dijalankan.

Saya juga mempelajari kepentingan pre-shoot technical tests dan reading-through sesebuah skrip. 

Movie's Review: Lizzie McGuire the Movie

Filem ini mempunyai permulaan yang menarik. Hujahkan.


Pada mereka yang sememangnya gemar menonton rancangan di disney channel tentunya tahu mengenai Lizzie McGuire. Lizzie McGuire merupakan satu series yang ditayangkan di channel tersebut pada beberapa tempoh yang lalu. 


Lizzie McGuire versi filem telah ditayangkan pada tahun 2003, dilakonkan oleh barisan pelakon series yang sama iaitu Hilary Duff sebagai watak utama iaitu Lizzie McGuire, rakan karibnya David 'Gordo' Gordon, yang dilakukan oleh Adam Lamberg, ahli keluarga McGuire yang dibarisi oleh Hallie Todd (Jo McGuire), Robert Carradine (Sam McGuire) dan Jack Thomas (Matt McGuire). Filem ini telah diarahkan oleh Jim Fall.






Permulaan filem ini sememangnya menarik, kerana filem ini membariskan nama-nama watak, para staf di sebalik pembikinan filem ini seperti pengarah filem, penulis jalan cerita dan lain-lain. Di samping itu, watak kartun Lizzie McGuire telah digunakan untuk menunjukkan elemen-elemen lucu dalam filem sambil memperkenalkan nama-nama tersebut.



Permulaan cerita ini juga menunjukkan Lizzie McGuire yang seakan-akan miming dan bernyanyi bersama dengan muzik latar belakang dimainkan iaitu lagu Tide Is High nyanyian Atomic Kittens. Justeru, filem ini memperkenalkan bahawa Lizzie McGuire merupakan satu filem yang 'fun' dan merupakan satu filem komedi yang dapat menarik perhatian penonton, terutamanya remaja. 




Sumber:

http://www.youtube.com/watch?v=SEKzcIOwcgc
http://www.imdb.com/title/tt0306841/