Monday, April 21, 2014

Movie Review: Kill Bill Vol. 2

Ulasan filem: kill bill vol 2 memberi pengertian yang cukup luas tentang pengaruh kamera dalam kehidupan. sila ulas.


Kill Bill Vol 2 merupakan kesinambungan bagi filem Kill Bill Vol 1 yang telah ditayangkan pada kuliah awal semester ini. Filem ini diarah oleh pengarah yang sama iaitu Quentin Tarantino dan juga dilakonkan oleh barisan pelakon yang sama seperi Kill BIll Vol 1 iaitu Uma Thurman sebagai watak utama. Kill Bill Vol 2 mengisahkan tentang kesinambungan The Bride untuk memburu watak antagonis iaitu Bill, dan untuk melakukannya, the Bride terpaksa mengharungi watak-watak jahat yang lain.

Tidak dapat dinafikan lagi, Qeuntin Tarantino sememangnya gemar menggunakan pelbagai teknik kamera dalam filem ini. Antara teknik menarik yang dapat dilihat adalah semasa mempertontonkan aksi Pai Mei. 



Dalam scene ini, Quentin Tarantino telah memaparkan aksi yang 'common' di dalam filem-filem Hong Kong. Bagi menambah menarik penonton, pengarah telah menggunakan teknik kamera yang biasa digunakan dalam filem-filem beraksikan kung fu dan sebagainya dan menerapkan dalam scene bagi filem ini. Sememangnya scene ini dapat menarik minat penonton terutamanya peminat tegar filem-filem aksi Asia.


Kill Bill 2 Behind The Scenes 6 Kill Bill   Behind The Scenes: Directing, Cinematography, Set Photos (Video)


Selain itu, pengarah berjaya menjadikan scene di mana The Bride terperangkap dalam sebuah keranda sebagai satu scene yang membuatkan hati penonton berdebar-debar dan tertanya-tanya sama ada the Bride berjaya atau tidak memecahkan keranda tersebut. Untuk beberapa minit sahaja, kamera menunjukkan aksi the Bride cuba memecahkan keranda tersebut. Dapat dikatakan bahawa dengan teknik kamera bagi scene ini membuatkan penonton seakan-akan mahu the Bride berjaya melepaskan diri. 





Kill Bill 2 Behind The Scenes 8 Kill Bill   Behind The Scenes: Directing, Cinematography, Set Photos (Video)

Sememangnya dengan adanya teknik-teknik seperti yang ditunjukkan oleh pengarah dalam filem ini, setiap teknik yang digunakan dapat menarik minat penonton sama ada menjadikan mereka teruja dengannya mahupun membuatkan penonton akan sering memperkatakan mengenai filem tersebut. Selain itu, penggunaan teknik yang pelbagai dapat menunjukkan pengarah mahupun mereka yang terlibat latar belakang filem mempunyai pengetahuan yang luas mengenai teknik-teknik yang sesuai digunakan bagi sesuatu scene.




Sumber:

http://www.imdb.com/title/tt0378194/?ref_=nv_sr_2
http://karmajello.com/culture/filmmaking/kill-bill-behind-scenes-directing-cinematography-set-photos.html


No comments: