Monday, April 21, 2014

Movie's Review: Lizzie McGuire the Movie

Filem ini mempunyai permulaan yang menarik. Hujahkan.


Pada mereka yang sememangnya gemar menonton rancangan di disney channel tentunya tahu mengenai Lizzie McGuire. Lizzie McGuire merupakan satu series yang ditayangkan di channel tersebut pada beberapa tempoh yang lalu. 


Lizzie McGuire versi filem telah ditayangkan pada tahun 2003, dilakonkan oleh barisan pelakon series yang sama iaitu Hilary Duff sebagai watak utama iaitu Lizzie McGuire, rakan karibnya David 'Gordo' Gordon, yang dilakukan oleh Adam Lamberg, ahli keluarga McGuire yang dibarisi oleh Hallie Todd (Jo McGuire), Robert Carradine (Sam McGuire) dan Jack Thomas (Matt McGuire). Filem ini telah diarahkan oleh Jim Fall.






Permulaan filem ini sememangnya menarik, kerana filem ini membariskan nama-nama watak, para staf di sebalik pembikinan filem ini seperti pengarah filem, penulis jalan cerita dan lain-lain. Di samping itu, watak kartun Lizzie McGuire telah digunakan untuk menunjukkan elemen-elemen lucu dalam filem sambil memperkenalkan nama-nama tersebut.



Permulaan cerita ini juga menunjukkan Lizzie McGuire yang seakan-akan miming dan bernyanyi bersama dengan muzik latar belakang dimainkan iaitu lagu Tide Is High nyanyian Atomic Kittens. Justeru, filem ini memperkenalkan bahawa Lizzie McGuire merupakan satu filem yang 'fun' dan merupakan satu filem komedi yang dapat menarik perhatian penonton, terutamanya remaja. 




Sumber:

http://www.youtube.com/watch?v=SEKzcIOwcgc
http://www.imdb.com/title/tt0306841/

No comments: