Filem bercirikan seperti muzikal ini mengisahkan tentang seorang guru baru yang ditugaskan untuk mengajar di sebuah sekolah asrama lelaki. Bermulanya kisah beliau di sekolah tersebut dapat diperlihatkan bagaimana beliau bertungkus lumus mengajar para pelajar yang sememangnya penuh dengan kenakalan dan berbeza perangai.

Bagi pendapat saya, filem ini dapat menarik minat penonton yang juga menyukai filem-filem lain yang berlatarkan muzikal, contohnya seperti Sound of Music dan seumpanya. Bagi saya sendiri, saya amat menggemari filem bergenrekan seperti ini kerana ia adalah menarik. Selain itu, penceritaan filem ini mengenai seorang guru merupakan satu konsep yang dapat menyentuh para penonton mengenai erti pengorbanan dan juga kesabaran.
Sumber:
http://www.imdb.com/title/tt0372824/
No comments:
Post a Comment