Saturday, April 26, 2014

Movie Review: Forrest Gump


Forrest Gump merupakan satu filem arahan Robert Zimickes dan dipertontokan pada tahun 1994. Filem ini telah dilakonkan oleh soerang pelakon yang terkenal iaitu Tom Hanks yang memainkan watak utama dalam filem ini.


Filem berlandaskan romentik komedi ini mengisahkan tentang kehidupan Forrest Gump yang dilihat sebagai seorang 'terencat akal' (eliau mempunya IQ rendah). Watak utama ini menceritakan tentang kisah hidupnya kepada sesiapa sahaja yang duduk di sebelahnya di sebuah stesen bus, daripada tentang kehidupannya sebagai seorang kanak-kanak, pertama kali jatuh cinta, menyertai pasukan tentera sehinggalah beliau menjadi seorang bapa.


Bagi saya, filem ini adalah sangat menarik dan saya sendiri telah menontonnya berulang kali dan tidak pernah bosan. Ini adalah kerana konsep filem in sangat menarik dan plotnya juga adalah kelakar dan memberi banyak makna kepada penonton. Tentutanya para penggemar filem ini, masih lagi menggunakan ayat "Run!Forrest! Run!" meskipun filem ini telah lama dipertontonkan.

No comments: