Monday, April 21, 2014

Movie Review: The Dark Skies; Langit Yang Gelap



1. Sila rumuskan dalam satu perenggan, tentang plot cerita the Dark Skies.

Dark Skies, sebuah filem berdurasi selama 95 minit ini merupakan satu filem yang ditulis dan diarahkan oleh Scott Stewart. Filem bergenre horror, sci-fi dan thriller ini dilakonkan oleh Keri Russel yang memainkan watak seorang isteri bernama Lacy Barrett, Josh Hamilton sebagai suaminya bernama Daniel Barrett dan dua anak mereka dilakonkan oleh Dakota Goyo dan Kadan Rockett, masing-masing sebagai Jesse dan Sam Barrett.Dark Skies mengisarkan tentang keluarga Barrett di mana mereka mengalami krisis kewangan selama beberapa bulan dan ini menyebabkan pasangan suami isteri selalu bergaduh. Misterinya bermula rumah mereka mengalami beberapa kejadian seperti rompakan namun mereka tidak dapat merungkai kejadian tersebut. Lacy juga mula mencurigai anak bongsunya yang bersikap aneh seperti bercakap berseorangan dan melukis lukisan misteri. Setelah mengalami beberapa siri kejadian yang menakutkan, keluarga Barrett mendapati bahawa sekumpulan makhluk asing yang dikenali sebagai The Greys cuba untuk mengambil anak mereka dan mereka melakukan berbagai cara untuk mengatasi makhluk asing tersebut.

2. Apakah kelainanan filem ini dengan genre filem-filem sains fiksyen yang lain 

Pada pendapat saya, satu kelainan yang dapat katakan adalah direktor filem ini cuba untuk mengimbangkan elemen seram yang tidak bermotifkan hantu tetapi bermotifkan tentang sekumpulan makhluk asing yang mempunyai sebab-sebab tertentu datang menemui keluarga Barrett. Pada awal filem ini, pengarah menerapkan elemen seram yang membuat penonton merasakan bahawa filem ini berkisarkan tentang satu filem mengenai hantu. Namun setelah satu persatu kejadian menakutkan ditunjukkan, kejadian-kejadian aneh pula ditunjukkan. Ini seterusnya filem ini dikaitkan dengan elemen science fiction dan digabungkan dengan bermotifkan tentang makhluk asing.  Filem ini turut menampilkan kelainan di mana penonton merasakan bahawa makluk asing cuba untuk mengambil anak bongsu pasangan Barrett namun sebenarnya makhluk asing ini telah lama memerhatikan anak sulung mereka. 

3. Ceritakan secara ringkas tentang latar dan props yang ditampilkan dalam filem ini

Menyentuh mengenai latar dalam filem ini, kebanyakan shots yang ditunjukkan adalah kejadian-kejadian aneh yang berlaku di rumah keluarga Barrett. Ini termaksuklah kawasan luar rumah mereka di mana anak bongsu mereka berjalan ke luar rumah mengikuti makhkuk asing tersebut. Kejadian di mana jumlah burung yang datang menyerang keluar Barrett turut ditunjukkan di rumah mereka. Selain itu, terdapat juga latar digunakan di rumah kawan Jesse.
Mengenai props pula, kebanyakan props adalah biasa dilihat di rumah biasa iaitu seperti perabot, katil dan sebagainya. Pada satu peringkat dalam filem ini, terdapat senjata seperti senapang telah digunakan oleh keluarga Barrett untuk melawan makhluk asing tersebut. 

4. Senaraikan 7 jenis shot asas yang digunakan dalam filem ini. Sila freeze screen dan senaraikan gambar mengikut shot berserta keterangan.

1) Close Up Shot - Shot menunjukkan mata salah seorang watak dalam filem ini

2) Medium close-up - Shot menunjukkan bahu dan kepada dua orang watak dalam filem ini


3) Medium Shot -  Shot menunjukkan kepala watak hingga lutut sahaja



4) Medium Long Shot


5) Long Shot


6) Extreme Long Shot


7) Reverse Angle Shot


5. Sila kritik gaya penyuntingan yang digunakan dalam the Dark Skies.

Pada pendapat saya, filem ini agak lambat untuk mencapai tahap klimaks penceritaan. Ini adalah kerana banyak perkara lebih ditumpukan kepada kejadian-kejadian aneh atau seram yang seperti sama sahaja yang boleh membuatkan penonton mudah bosan. Selain itu, elemen-elemen seram yang digunakan adalah seperti sama sahaja, contohnya kejadian pecah rumah keluarga Barrett yang berlaku beberapa kali. Penonton juga mungkin hilang minat pada pertengahan jalan cerita kerana ada beberapa scene yang mungkin kurang jelas penyampaiannya. Secara keseluruhan, filem ini mungkin dapat menarik minat golongan yang gemar mengenai filem makhluk asing sahaja.

No comments: